01. KEADAAN FIZIKAL LAPTOP Sekiranya anda nak membeli laptop second hand, anda kena check laptop. Ada retakan tak? Ada kesan pecah tak? Ada kesan calar tak? Selain itu, anda juga boleh check hinge atau leher laptop. Hinge ni terletak antara body laptop / keyboard dan skrin. Check dengan teliti, kot-kot ada kesan tampal salotape atau gam. Sekiranya ada, ini bermaksud hinge tu dah pernah patah. Walaupun dah digam atau ditampal dengan salotape, tapi kebarangkalian untuk patah lagi itu ada. Check juga skrin sama ada warnanya pudar ke? Ada tak bintik-bintik atau tompok hitam di skrin? Jika ada bintik hitam, tu namanya dead pixel. Jika ada kesan retakan, kesan sumbing, kesan pecah, kesan calar, hinge pernah patah dan sebagainya, lebih baik cari laptop lain. 02. PERIKSA USB PORT DAN SEGALA PORT YANG ADA PADA LAPTOP Bagi memastikan laptop second hand itu berada dalam keadaan baik, kita perlu periksa semua port yang ada pada laptop tersebut. Hal ini demikian kerana kita mahu memastikan bahawa semua port berfungsi. Kadang-kadang ada 3 port USB tapi 1 je yang elok. Jika laptop tu ada port VGA, HDMI, LAN dan CD-Drive, periksa je semua. Yang penting kita senang hati. 03. PERIKSA OPERATING SYSTEM (OS) LAPTOP Sekiranya anda nak beli laptop yang menggunakan Windows, pastikan anda ambil sekurang-kurangnya Windows 8 dan ke atas. Jangan ambil Windows 7 dan ke bawah (Windows XP, Windows Vista). Sebab apa? Sebab Windows sendiri dah tamatkan support untuk Windows 7. Software seperti Microsoft Word / Office juga sudah tidak lagi support Windows 7. Seandainya anda beli juga laptop yang menggunakan Windows 7, anda bakal menghadapi cabaran sekiranya laptop ada masalah, sebab software, driver dah tak support, dah obsolete. Selain driver, masalah lain ialah tiada lagi update dan patch untuk Windows 7. Ini akan meningkatkan lagi risiko laptop untuk kena serang virus dan sebagainya, kerana Windows 7 sudah vulnerable. Bagaimana pula sekiranya anda beli laptop Macbook Air (MBA) atau Macbook Pro (MBP)? Anda disarankan untuk ambil model MBA atau MBP yang sekurang-kurangnya menggunakan MacOS versi High Sierra dan ke atas. Tidak digalakkan untuk ambil Sierra dan ke bawah. Sebab apa? Sebab OS dah obsolete. MacOS High Sierra dilancarkan pada tahun 2017 dan masih boleh update laptop MBA dan MBP tahun 2009, 2010. Nak selamat, carilah laptop 2010 dan ke atas. Laptop keluaran 2011, 2012, 2013 pun okay. 04. PERIKSA SPESIFIKASI LAPTOP; PASTIKAN SAMA DENGAN IKLAN Perkara ini anda memang kena periksa. Anda kena pastikan spesifikasi laptop yang diiklankan sama seperti dalam laptop. Sebagai contoh, iklan laptop tersebut mempamerkan 8 GB RAM. So, anda kena pastikan memang RAM yang ada dalam laptop tersebut ialah 8 GB RAM. Kadang-kadang ada laptop yang spesifikasi di iklan tak sama dengan apa yang ada di laptop. Jika anda tak periksa betul-betul, anda juga yang rugi nanti. Kalau dapat penjual yang jujur, tak apa. Kalau dapat yang kaki tipu, menyesal menangis tak sudah kita. Macam mana nak periksa? Jika anda pengguna Windows, anda boleh periksa secara mudah dengan right click This PC (boleh search di Windows Startup / Start), kemudian tekan properties. Setelah tekan properties, nanti akan ada popup keluar mengenai device specifications. Anda boleh check RAM, CPU semua di situ. Selain daripada cara ini, anda juga boleh sahaja pergi ke Control Panel -> System and Security -> System. Anda akan dapat hasil yang sama. 05. KENAL PASTI ANDA NAK GUNA LAPTOP UNTUK APA Perkara ni amat penting untuk kita beli laptop baharu ataupun second hand. Anda nak guna untuk apa? Adakah anda nak guna untuk buat assignment? Adakah sebab anda banyak buat kerja grafik? Adakah anda seorang gamer? Adakah anda seorang engineer atau arkitek? Kenal pasti terlebih dahulu perkara ini. Kemudian, anda kenal pasti pula software yang anda ingin gunakan pada laptop anda. Sekiranya anda ingin menggunakan Adobe Photoshop, anda boleh search di internet mengenai minimum requirements untuk software tersebut. Sama juga untuk software lain seperti AutoCAD, Adobe After Effects, Da Vinci Resolve dan sebagainya. Jadikan minimum requirements software tersebut sebagai rujukan untuk anda beli laptop. Berikut adalah minimum requirements untuk Adobe Photoshop: CPU: Intel or AMD processor with 64-bit support, 2 GHz or faster processor RAM: 8 GB HDD: 10 GB of storage space GPU: NVIDIA GeForce GTX 1660 / NVIDIA Quadro T1000 OS: 64-bit Windows 10, October 2018 update, version 1809 or later Screen Resolution: 720p Network: Broadband Internet Connection Seperti yang disebutkan di atas, jadikan minimum requirements ini sebagai rujukan untuk membeli laptop. Bagaimana pula sekiranya anda seorang gamer atau anda nak main game yang power? Anda boleh buat benda yang sama iaitu mencari minimum system requirements bagi game tersebut. Berikut adalah minimum system requirements untuk Batman Arkham Knight: OS: Windows 7 SP1, Windows 8.1 (64-bit Operating System Required) Processor: Intel Core i5-750, 2.67GHz | AMD Phenom II X4 965, 3.4 lGHz Memory: 6GB RAM Graphics: NVIDIA GeForce GTX 660 (2GB Memory Minimum) | AMD Radeon HD 7950 (3GB Memory Minimum) DirectX: Version 11 Network: Broadband Internet connection required Hard Drive: 45GB available space Seperti yang anda dapat lihat, spesifikasi untuk game ini, boleh tahan besarnya. Storage yang diperlukan untuk game ini sahaja ialah 45 GB. RAM sekurang-kurangnya 6 GB. Pastikan laptop anda mencapai keperluan ini. Sekiranya tidak capai, laptop anda memang tak akan boleh main game ini. Biasanya kalau saya nak check sama ada game tersebut boleh dimain dalam laptop atau tidak, saya akan taip "Can You Run It" diikuti dengan nama game. Sebagai contoh, GTA IV can you run it / can you run it GTA IV. Nanti anda akan nampak website ni. Gunakan website ini untuk check laptop dan game. 06. AFTER SALES SERVICE (WARRANTY) Nak beli laptop second hand, carilah kedai yang servisnya bagus. Selain itu, carilah kedai yang menawarkan warranty pada laptop second hand. Kebiasaannya laptop second hand sudah tamat tempoh warranty daripada jenama berkaitan. Sungguhpun begitu, ada sahaja kedai yang menawarkan warranty kedai. Ada yang 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun. Kenapa kita disarankan untuk mencari laptop second hand yang ada warranty kedai? Sekiranya laptop ada masalah dan sebagainya, anda boleh sahaja hantar ke kedai untuk periksa masalah yang ada. 07. SPAREPART Laptop second hand ni, ada yang senang dapat sparepart, ada juga yang susah. Selain itu, biasanya laptop yang model 2013 dan ke bawah, sparepart agak sukar dicari. Jika pihak kedai ada banyak sparepart untuk model tersebut atau pihak kedai boleh dapatkan sparepart sekiranya perlu, itu dikira bagus la. Kalau tak nak pening-pening, belilah laptop second hand jenama terkemuka seperti Dell, Acer, Asus, Lenovo dan lain-lain. Nak lagi selamat, belilah model tahun keluaran 2014 dan ke atas. Jika mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, kami di wifix sedia membantu memberi konsultasi secara percuma jika anda ada sebarang masalah berkenaan laptop dan komputer